Friday, 1 May 2015

Hari Jadi ke-20 yang istimewa :)

Assalamualaikum . Ya Allah lamanya aku tak bukak blog aku nie. Lama sangat huwaaaaa kesian my muchuk abis dah berhabuk dengan segala habuk habuk yang ada hahhahaha *padahal tak pun*

Ya Allah sumpah aku rindu sangat kat blog aku nie. Pagi ini baru ada peluang nak publish entry baru. Hmm rindu sangat terlalu banyak terjadi dalam hidup aku terlalu banyak benda aku nak story hahhahah. Uishhh lari tajuk dah nie. Antara story paling indah aku alami hihihi adalah masa hari jadi ke-20 aku hehhhe istimewa sangat tau. Tahun 2015 nie dah masok 20 dah aku hhahahaa takde dah forever 18 tahun kikiki. Takpe laa usia bukan penting pom *kot laa* haha tapi bagi aku penting hmm tapi nasib baik aku nie still budak budak muka pom babyface lagi haha tak caye lettew kan ? Tanya laa orang sekeliling aku ramai kata aku nie budak budak lagi hehhehee *bangga*

Nak dipendekkan cerita , aku dah sem 4 kat poli dah aku praktikal dekat kampung kat pejabat tanah setiu haa nanti aku cite pulak pengalaman praktikal aku yee. Haa masa seminggu sebelum hari jadi aku tuu aku dah macam dapat agak dah akan ada suprise birthday party kat aku sebab nini *kawan sekampung yang satu poli gak* dan kawan baru praktikal aku kak ika atau aku panggil mummy *biasa laa aku suka drama* dengan kak ayu dan kak nor sekali kawan praktikal gak termasuk laa khairul *daddy dalam drama aku* tanya apa kesukaan aku dan apa aku suka makan so dari situ aku dapat agak dah hahhaha. Seminggu sebelum hari jadi aku kami dak praktikal ditugaskan membungkus 7,000 goodies sempena majlis tilawah al-quran peringkat negeri terengganu yang mana setiu jadi tuan rumah. Haa masa tengah bungkus goodies tula mereka semua interview tentang kesukaan aku hehhehe.

Tahun 2015 nie pulak hari jadi aku jatuh hari cuti iaitu hati jumaat haa so aku ingatkan malam majlis penutup tilawah al-quran hari khamis tuu ingat masa tuu laa mereka semua nak celebrate hari jadi aku tapi tidakkk hmm kecewa sikit :( . Pastu bila jumaat tuu pada hari jadi aku takde pom suprise party lagi laa sedih sampai menangis teresak-esak sebab fikir hmm orang tak sayang aku. Pastu bila masok ofis hari ahad tuu aku ingat ada laa suprise party kat aku tapi malangnya takde jugak jadi aku pom lagi laa kecewa sebab aku ingat nak buad hari ahad. Aku pom fikir mungkin aku saja yang terlebih mengharap pastu bila dah dekat nak balik dah tuu nini datang dengan mummy cakap "baby esok pakai lawa lawa tau" *kat ofis ada panggil baby kat aku kadang mummy atau kakak panggil adik* lepas dengar mummy ngan kakak *nini laa tuu* kata macam tu so aku rasa berbunga laa sikit hahha. Tapi aku buad buad bodoh lagi konon tatau laa pastu semua rancang nak pakai baju sama. Aku nie dalam hati dah berbunga riang sampai rumah aku dah tak sabar nak tunggu hari esok hihihi .

Tibanya esok aku pakai baju kaler kuning sebab janji ngan kakak nak pakai kuning tapi mummy ngan kak nor tak pakai pom kaler kuning dan haritu kak ayu cuti sebab jaga akak dia masok ospital. Masa pagi tuu okay laa borak macam biasa bila petang tuu aku nak naik atas dekat kakak pastu aku tengok kakak mummy daddy semua takde kat situ aku dah dapat syak dah mesti tengah prepare birthday party aku hehe pastu aku turun balik kat meja aku dan mengadu laa dekat kak nor yang sebagai auntie aku hehe aku kata laa aku kena tinggal sambil reaksi muka yang sedih dan suara yang macam baby kena tinggal laa merengek saje bunyi dia. Aku macam konon tatau apa apa dan aku pom konon kata kat auntie nor tayah kawan ngan kakak ngan mummy lagi hihi pastu aku kata laa mummy kakak semua jahat sebab tinggal aku hahhaha. Pastu tiba tiba mummy call auntie nor masa tuu dan dia borak kat telefon macam bisik bisik so aku macam hmm dah tahu dah hihi pastu aku pom nak cakap ngan mummy pastu mummy dia menipu kata dia g ospital sebab nak jumpa doktor aku dalam hati elehhhh dah tahu dah hahahah.

Habis saja waktu keja aku yang selalunya balik ngan kakak kena laa balik ngan auntie nor dan masa tuu shery pom balik sekali ngan auntie nor. Aku memang dah macam hmm dah kantoi dah semua lakonan nie hahah. Pastu auntie nor kata laa sebab aku kena tinggal dia nak bawak aku g pantai sebab konon nak hiburkan aku pastu shery kata dia nak belanja pastu bila tengah cakap dalam kereta tuu tiba tiba mata aku kena tutup dengan shery pakai tudung yang dia pegang so aku menjerit laa dalam keta macam ibarat kena culik padahal aku action je lebih hahaaha dan disebabkan aku menjerit auntie nor terpaksa berhenti keta jap tepi jalan hahhaha pastu shery tutup mata aku sambil kata "tutu kalu mung bukok aku duk halal kalu mung bukok kito dok saing doh" haha ayat dia masa tuu so aku nie senyap jela sampai laa kat destinasi yang dituju. Sampai sahaja aku dipimpin dan bila mereka kata bukak lilitan tudung kat muka aku pastu aku nampak dah suprise birthday aku sambil mereka semua nyanyi happy birtnday kat aku. Aku terharu sangat walaupom dah dapat agak tapi aku terharu  sangat sangat sampai air mata aku mengalir hihihiii.

Alaa sebab aku sign in guna handphone jadi susah sikif nak share gambar hmm nanti lain kali aku upload gambar. Lepas aku menangis tuu mummy pujuk laa aku kata jangan laa nangis hahha padahal aku terharu pastu aku tengok atas meja ada kek yang comel sangat kek princess ! Omaigod aku tak sangka aku akan dapat kek hari jadi yang cute sangat *thanks tau semua*. Aku dapat rasakan aku princess pulak hihihi memang dari dulu lagi nak angan nak jadi princess dapat pulak kek hari jadi princess terharu sangat sangattt. Rupa-rupanya mummy , kakak ngan daddy tinggal aku tadi sebab nak g ambik kek princess tulaa kat felda selasih kira jauh jugak dari tempat kami haa semata-mata demi suprise birthday party aku Ya Allah terharunya. Aku rasa sangat bertuah haritu. Kek princess tuu kawan mummy yang buad dan dapat harga special sikit sebab dia kawan mummy. Selain kek aku tengok atas wakaf *macam wakat laa kot sebab masa tuu kat tepi pantai* ada mee goreng ayam goreng *iaitu feveret aku* ada kacang ada belom ada topi crown dan aku masa tuu dipakaikan jugak topi crown tuu. Pastu semua tuu mak kakak yang buad dan aku mula rasa bersalah sebab party aku orang lain yang tak terlibat pulak buad. Semua kesukaan aku masa tuu ada yang sebelum nie mereka tanya haha kacang ada ayam goreng ada haa tuu semja feveret aku tuu. Pastu dah habis makan kite selfie lee hihihi selfie sepuas-puasnya dah aku rasa happy sangat dan hari jadi 20 aku sangat istimewa sangat aku bersyukur sangat sebab ada kawan yang ingat hari jadi aku *mata masok habuk* hahhaha.

Nak dijadikan cerita pulak masa balik tuu ada excident kecil berlaku iaitu tayar keta kakak masok dalam pasir dan susah nak keluar sampai kena mintak tolong orang tarik. Masa tuu panik sangat dan esoknya semua staff ofis tahu pasal tuu . Malu memang laa tapi nak buad macam mana benda sudah jadi kan ?

Yang penting hari jadi 20 aku iaitu 27 Mac 2015 adalah amat istimewa bagi aku selepas hari jadi ke 17 aku juga amat istimewa jugak haha ada aku share dalam blog nie . Hihihi walaupom sambut lambat tapi tetap bermakna. Thanks kawan kawan semua sambut hari jadi aku dan thanks sangat sebab gigih berlakon tapi aku dapat tahu gak hehehee maaf laa yee ? Aku hapoy sangat dapat kek princess walaupom agak terkilan sebab aku tak dapat buad balik rumah sebab kakak yang nak tapi takpe laa aku tetap happy. Thanks semua tau dan selamat hati jadi kat aku walau dah lambat heheeheheheh . Nanti gambar aku share okayy ?



p/s : sebenarnya dah suboh dah nie aku talehh tido sebab tuu terasa nak memblog jap hehehhehe :)