lagi dua hari nak masuk 2018 sungguh cepat masa berlalu rasanya baru haritu aku post cite pasal 2017 hahahha see lambat lagi aku update diary dah hujung 2017 baru lah terhegeh hegeh nak update aigoo ..
sebenarnya malas sangat sangat nak update blog tapi memikirkan 5 10 tahun akan datang aku pasti rindu mesti wajib rindu dan nanti kalau masatu bila aku dah kawin aku dah ada baby haa nanti diorang boleh baca blog diary aku ni hehehe :) aku memang sentimental punya orang memang aku selagi boleh nak keep semua memories buruk ke baik ke semua aku nak simpan semua aku nak jadikan kenangan nanti nanti aishhhh sedih tetiba . aku takot kalau nanti bila aku tak sempat nak simpan kenangan tu haa tengok orang tu dah takde atau dia dah lupa ke hilang ingatan ke haa aku takot sangat. so dah nak masuk 2018 ni banyak sangat kenangan aku tahun ni dan aku tatau nak start dari mana T.T banyak gila tatau sempat abis publish sebelum masuk 2018 ke tak hm tapi kalau boleh nak publish 2017 jugak tanak jadi macam tahun lepas hahahhaha .
pastu hm aku nak start dari mana ni ? hm okay sekarang aku kat rumah dalam bilik sorang sorang kak ha takde keluar dan aku tengah taip blog diary aku ni sambil dengar lagu suju - island (donghae tau buat lagu ni hehehe) so memula aku cite dulu lah sambungkan entry yang lepas yang aku cakap aku benti kat kedai bb kim wah sebab dapat keja yang kena dengan aku study haa okay kajaaaa ! lets go :)
1. pengalaman kerja di Q-stationers
okay kat sini lah bermulanya kerjaya aku yang mengubah 360 darjah hidup aku dari tahun lepas haa gitcuu . so kisah dia bermula haritu kan aku cite g interview pastu dia call pastu dia cakap aku dapat keja situ so aku pun benti kerja kat kedai bb kimwah and then aku balik kampung sebab nak ambik barang barang semua yelaa aku haritu bawak satu beg je datang sini sebab ingat nak duk seminggu je kan pastu aku dah bawak semua baju baju aku tak semua lah so aku datang sini dengan niat nak keja dalam bidang yang aku belajar iaitu aku jadi web developer haa ni masa aku interview bos situ miss phang lah lan nama dia yang bagitau position aku kat Q . so 15/5/2017 tu aku dengar perasaan takot nebes tahap nak gila pegi lah start my first day kat Q . aku pegi awal 7.30 am dah sampai ofis sebab kak ha anta so aku mula mula masuk ofis tu kenal caster dia lah yang tunjuk tempat aku kat mana semua so bila aku dah dapat tempat pastu datang lah HR situ miss puspa kenalkan aku ngan amal graohic designer kat situ and aku kena jadi assistant dia . amal memang orang yang baik paling paling paling paling baik (harap harap nanti baca lah amal tutu puji ni hahahah) dari amal lah aku belajar semua . aku masuk situ aku tatau apa pun ai pom aku tatau dan amal lah yang ajar aku semua dari a-z terima kasih amal jasamu tak terbalas okay nangis T.T amal ajar aku dengan baik sekali takde marah marah lansung aku bersyukur sangat dapat bos macam amal ajar aku sampai paham aku kan jenis lembab sikit kena ulang banyak kali dan amal sabar je ajar aku walaupun aku banyak je tak dengar cakap dia hahahahha >.< so first daya aku okay aku dikenal dengan semua orang tapii first day aku tu aku rasa sikit kurang senang ngan encik hafiz pada mata aku dia nampak macam hmm bajet bos hahahha rasa macam ee belagaknya haa gitu hahaha (aku dah mintak maaf ehh ngan cencik hafiz) hahaha pastu hari kedua tu aku kena marah ngan encik hafiz nangis aku wehhh hahaha serius nangis yelaa aku baru masuk pastu dah kena marah sape je tak nangis kan ?
tapi tu sebenarnya dia nak uji aku je kan hm tapi banyak kali wehh aku nangis masa keja Q . sangat manja ada jen nan nangis yelaa first jib kan . aku rasa macam bangga sangat keja kat Q as assistant graphic designer iaitu amal aku bangga sangat aku macam rasa cita cita aku dah tercapai rasa hebat sangat dan tahun 2017 aku dapat pegang duit sendiri bangga sangat sangat huwaa nangis lagi . keja kat Q memang sangat sangat best orang kat Q semua baik baik aku sedih sangat bila tinggal Q . aku happy sangat kerja Q . aku keja Q kan first time aku jumpa bangla yang lagi baik dari tuhin aku first time jugak jumpa orang myammar yang baik . sadik, bai hanif, hilux, kak endang, murmit, kakak endang, aunty india(lupa nama), nazrul haa mereka tu semua baik baik diorang semua tu keja warehouse dan aku selalu kalau nak ambik barang kat warehouse selau suh sadik ambik kan dan dia tolong je baik sangat . tak pernah dia tak tolong aku kecuali kalau murugan marah haa murugan tu orang kuat kat warehouse memang aku tak suka murugan sebab dia suka marah marah dengan bau badan dia busuk lagi (sorry) tapi kutukan aku tu semua memakan diri aku sendiri sebabnya murugan baik orangnya dia pernah hantar aku sekali balik rumah sebab aku buat oti balik lambat pastu kak ha tak ambik and aku cari grab takde time tu aku rasa nak nangis wehhh rasa malu pulak kat murugan aku kutuk kutuk dia last last dia yang tolong aku malunyaaaa tq murugan . aku kerja Q 5 bulan dalam masa 5 bulan tu bnayak sangat kenangan kenangan aku kat Q yang aku tak kan lupa sepanjang hidup aku . paling aku tak boleh lupa time raya sambut kat Q madam suh aku nyanyi lagu raya ngan kak aida sebab dia cakap amal main gitar so aku kenan nyanyi sebab aku kan assistant amal malu gila wehhh aku tatau lah suara aku time tu bunyi apa hahahha yang penting aku malu giler malu malu .
ehh aku tak cite pom aku duk mana hahaha terus cite pasal keja haha excited wehh nak cite cepat cepat takot nanti lupa . haa lepas aku dapat call dapat keja kat Q kan so kak ha cari bilik sewa area balakong yang dekat ngan Q so aku ngan kak ha pindah situ aku tak duduk dah rumah kak ni . kebetulan pulak housemate aku tu keja Q jugak tapi dia masuk lewat seminggu dari aku haa kak dira nama dia so sebab dah duk serumah aku pun gi keja naik keta dia je tapi duit minyak aku bagi lah bulan bulan hm tapi tak lama laa pastu kak dira pindah and aku pun pindah jugak . masa aku jadi assistant amal macam macam aku belajar ngan amal dan dari situ lah aku dapat buat design pastu belajar semua pasal design dan sekarang aku dah pandai buat design sendiri tima kasih amal tima kasih amal memang tak abis nak tima kasih kat amal :) kat Q memang best keja lagi lagi bila time farewell kak aida last keja so satu ofis tak termasuk warehouse lah madam ngan mr leong belanja makan kat hotel dan belanja main bowling satu ofis weh satu ofis ! aku dah laa tak pandai main bowling aku main campak je ikut suka aku hahaha tapi dapat strike jugak hahhahaha weh see the leg laaa hahahaa tetiba tutu kan hebat :) aku ingatkan aku lepas training kat Q selama 6 bulan dan pastu terus dapat diserap haa gitcuu taoi aku sangka kan panas hingga ke petang rupa rupanya hujan di tengah hari hahah bermadah siap aku tapi itu lah kenyataan nyaaa . aku ingat lagi hari sabtu amal panggil aku masuk bilik encik hafiz aku ingatkan apa aku cuak time tu encik hafiz siap suh aku duduk and amal duduk sekali siap tutup pintu . aku nebes gila wehhh time tuu rupa rupanya encik hafiz nak bagitau aku kena buang keja haaaaaaaa nangis ingat balik T.T aku tak berjaya tempuh training aku hm lagi 2 minggu aku nak mausk 6 bulan training aku kena buang sape je tak sedih wehh dengan aku korabn cuti nyaa lagi ingat dah lama ingat dah confirm lah rupanya kena buang . aku menangis gila gila masatu sampai amal ngan encik hafiz tatau nak buat apa hahaha aku dengan tak pikir dah apa amal ngan encik hafiz cakap aku nangis je dengan hingus hungus keluar dengan tak malu dah aku ni hahaha sampai aku lap je hingus aku kat buku nota aku hahaha punya laa pengotor hahaha paham tak sedap aku sampai tahap macam tu . aku decided nak benti haritu jugak walaupun amal ngan encik hafiz pujuk macam macam aku cakap aku nak benti harini jugak pastu bila keluar bilik encik hafiz tu aku duk tempat aku tak abis nangis lagi ni pastu amal duk panggil panggil aku tapi aku buat tatau je aku whatsapp kak ha aku suh dia ambik aku aku cakap aku kena buang pastu kak ha sampai je aku terus cakap kat amal aku nak balik pastu aku terus bangun terus balik dengan tak punch card nya hahahha drama gilaa aku masatu . hanya orang yang paham sedih aku je dapat paham aku masatu.
aku tak boleh terima hakikat lansung masuk keta kak ha je aku terus nangis tak bercakap sampai lah kat rumah nangis lagi pastu tetiba petang tu kak ni kakak aku kat klang cakap nak datang sebab anak sedara aku sofia aisyah ngan dina nak mandi kolam ehh lupa tak cite pasal rumah baru hahaha okay aku kan pindah kan so aku pindah aku sewa rumah ngan kak ha condo kat mount karunmas sewa sebulan 800 so aku shara ngan kak ha and rumah aku ada kolam . pastu aku ni kan kak ni dah laa nak datang aku dah laa tengah sedih ni mata bengkak abis kak ni datang aku cakap kat kak ni aku kena buang pastu kak ni nasihat cakap takpe laa ada rezeki kat lain :) so aku pikir positif tapi ada jugak sedih lagi hahah sebab aku takot aku menganggur lama lama nanti takde dah sape nak ambik aku keja pastu aku dah laa baru lagi dalam bidang ni dah laa baru abis belajar pastu menganggur lama lama pastu mana nak dapat duit pastu tak kan nak harap kak ha je ? haa banyak lah yang bermain kat pikiran aku . malam tu kak ha suh aku edit resume pastu apply keja kay mudah jobstreet semua lah mana yang ada keja kosong so aku apply . aku masatu masih lagi sedih duk dalam bilik berkurung tak bercakap ngan kak ha hmm aku kalau kecewa sedih tekanan ke memang macam tu so aku ari isinin tu aku tak gi keja sebab aku rasa malas dah nak gi ofis yelaa orang dah buang terhegeh lagi pikir aku . tapi amal pujuk jugak suh datang aku cakap tanak ! aku cakap esok esok aku datang tapi selasa tu aku tak datang jugak sebab aku gi interview keja aku sekarang . so rabu aku gi keja pastu mula mula amsuk gate muka amal aku nampak dulu kat muka dia hahaha malu gila aku tutup muka berlari masuk ofis aku malu sebab aku dah nangis beria haritu hahaha . aku masuk ofis aku tengok meja aku barang barang aku semua dah siap kemas amal tolong kemas hm dalam hati aku rasa sedih aku pikir hmm nak cepat cepat aku blah dari situ ke apa siap dah kemas meja hm tapi amal kemas sebab dia ingat aku dah tak datang pastu nanti dia ingat dia nak kirim kat kak dira barang aku . pastu aku datang ofis haritu semua duk cakap kat aku takpe tutu ada rezeki tempat lain hm aku lega tapi still sedih nak tinggal semua . aku ambik gambar ngan orang yang baik baik ngan aku pastu amal ada bagi notebook baru kat aku cute sangat yelaa haritu depan dia ngan encik hafiz kot aku lap hingus aku kat notebook hahaha so ahritu amal bagi notebook baru kat aku tq lagi sekali amal .
aku sayang nak tinggal semua sumpah sedih :( aku cakap kat amal pastu amal cakap ada lebih baik pasni ada hikmah dia hmm betul tu . aku keja kat Q aku selesa cakap apa apa ngan amal je orang lelaki kat situ ntah laa kenapa sebab amal baik baik sangat dan aku selesa ngan dia sebab dia macam abang aku dan kadang kadang macam kakak hahaha sebab mula mula aku kenal amal rambut panjang hahah macam gegirl . amal jenis gila gila budak budak macam aku so aku senang cakap ngan amal macam adik cakap ngan abang pastu amal dah janji nak belanja aku makan mula mula dia nak belanja kfc sebab dia tersilap off pc aku pastu hilang keja aku hahaha pastu dia janji nak belanja aku makan soa ku tuntut hahah amal cakap nanti dia belanja aku makan sopoong makanan korea ngan wife dia aku excited sebab yelaa ni first time nak try betul betul makanan korea . sebelum ni dah pernah try makanan korea ngan kak ha tapi tak rasa korea pun hmm jahat . haa amal jugak abgi duit raya kat aku hahaha aku cakap ni bukan apa sebab aku tanak lupa jasa baik orang kat aku nanti aku sombong haa gitcuu . so kat sini aku lanja lah sikit gambar kenangan aku sepanjang aku kerja kat Q selama 5 bulan :)
ini gambar masa farewell kak aida kat hotel Le'Marriot
Putrajaya pastu lepas makan gi main bowling
banyak nyaaaaaa nak upload tapi aku guna data je sayang nak upload banyak banyak hmm ada banyak lagi nak share tapi ni aku upload dulu sikit sikit gambar gambar kenangan aku kat Q . ada gambar aku ngan staff Q yang baik baik . pastu yang atas ni gambar amal belanja aku makan sopoong ngan wife dia kak nana cantik kan wife amal dah laa baik :)
aku rasa letih sangat huwaaa nak update banyak lagi tapi rasa letih ngantuk pun ada padahal harini half day hmm nanti aku ada masa aku update lagi ehh diary ku sayang banyak benda lagi nak cite apa nak jadi sepanjang 2017 ni tapi apa kan daya kudrat tak termampu hahhahahha malas rasa nak taip hmm aku respect laa penulis novel yang novel dia tebal tebal tu sampai aku rasa muak gila nak baca hahahhaha apa tips dia haa taip banyak banyak tak lenguh ? aku rasa lenguh gila ottokke huwaaaaa
hmm okay rasa nyaa sampai sini dulu cite aku banyak lagi nak cite tapi rasanya tahun depan baru aku publish T.T inilah dia jadi nyaa bila dah simpan lama lama pastu rasa malas dah nak taip banyak banyak cite yang aku simpan tuu aishhh inshaAllah lepas ni aku nak publish story setiap bulan hehehe ye keeee tuuuuuu
2017 banyak sangat cite yang jadi dan aku rasa 2017 tahun yang banyak manis bagi aku sebab 2016 dah banyak pahit 2017 Allah bagi yang manis manis saje terima kasih ya ALLAH :) aku janji aku akan story tapi ambik masa sikit dan aku harap nanti aku tak lupa . aku nak cakap terima kasih sangat sangat orang yang dah datang dalam hidup aku sepanjang 2017 ni aku happy dapat kenal korang semua :) so entry kali ni aku cite pasal Q je dulu yaa diary :) thanks Q- stationers beri aku peluang yang sangat manis dapat keja kat situ :) thanks semua :)
tahun depan kalau takde aral melintang aku akan ke KOREA !!! YES KOREAAAA !! :) its like my dream come TRUE !!! korea wait for me ! donghae oppa wait for me :) inshaAllah dan sekarang aku tengah kumpul duit bulan dua nanti aku beli tiket dan kalau ikut plan nak pegi winter tahun depan wuuuuu bestnyaaaa tak sabar nangis terharu TT.TT aku harap cita cita aku sejak darjah 5 nak gi korea ni tercapai tahun depan aminn permudahkan lah ya Allah :) okay lah terima kasih 2017 atas memories yang manis aku tak akan lupa sampai bila bila :)
sayonara 2017 ^^




































































